Wednesday, 7 October 2015

300 hadis bimbingan ke arah mencari keredhaan Allah

 | 300 hadis bimbingan ke arah mencari keredhaan Allah |
Hari ni ,ana nak review pasal buku yang dah lama ana beli .Cuma hari ni terdetik nak review. Kira macam #Throwback lah . Pun boleh lah ana . Buku ni berkaitan hadis . Jadi ,sesiapa yang nak belajar pasal hadis boleh lah beli buku ni. Memang best , belajar benda yang kita tak tahu kan .
Ada 300 hadis tau . Hadis tentang puasa , haji , pesakit dan penyakit . sedekah dan ehsan . Macam-macam lah lagi . Dan insyallah ,mulai jumaat ni ana nak tulis satu hadis .Boleh lah berkongsi dengan korang semua . Berkongsi ilmu tak salah kan. Korang kalau ada ilmu share dengan ana . 
Jadi ana nak share sikit isi kandung buku ni , antara hadis yang terkandung dalam buku ni .
1) | Warisan yang menguntungkan |
    
    Diriwayatkan dari Abu Darda' r.a., daripada Nabi SAW ,Baginda bersabda :
 " Sesungguh nya para ulamak ialah pewaris para nabi .Sesungguh nya para nabi tidak
    mewariskan dinar atau dirham, sesungguh nya mereka mewariskan ilmu . Sesiapa yang        mengambilnya , ia telah mendapat bahagian yang banyak lagi sempurna ".
                                                        [ Riwayat Abu Daud , at-Tirmizi,Ibn Majah dan IBN hibban ]
Keterangan 

* ' Dinar atau Dirham ' : perkara dunia
*   Para nabi tidak mengambil perkara tentang dunia melainkan sekadar keperluan sahaja.
* ' Sesiapa yang mengambilnya ' : Boleh juga di fahami dengan erti perintah Nabi SAW ,iaitu siapa     yang mengambil nya hendak lah ia mengambil dengan banyak dan jangan lah  berasa cukup              dengan yang sedikit .

2) | Penawar Demam | 

    Diriwayatkan daripada Aisyah r.ha., Nabi SAW bersabda :
 " Sesungguhnya demam adalah bahang neraka ,maka sejukkan lah engan air " .

                                                     [ Riwayat al-bukhari dan Riwayat Muslim ]

Ana Likes Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign